Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gangguan pada 2 unit penjana tenaga punca bekalan elektrik terputus merata S'pura

Insiden bekalan elektrik terputus di beberapa estet merata Singapura pada Selasa (18 Sep) disebabkan oleh gangguan pada dua unit penjana kuasa, menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Rabu (19 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2018 04:38PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 09:06PM

SINGAPURA: Insiden bekalan elektrik terputus di beberapa estet merata Singapura pada Selasa (18 Sep) disebabkan oleh gangguan pada dua unit penjana kuasa, menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Rabu (19 Sep).

Menurut EMA, setiap satu unit penjana tenaga itu dimiliki oleh Sembcorp Cogen dan Senoko Energy.

"Dapatan awal kami menunjukkan bahawa pada 18 September, salah satu unit penjana tenaga di Sembcorp Cogen Pte Ltd (Sembcorp) mengalami gangguan. Kestabilan sistem tenaga memerlukan bekalan elektrik sentiasa memenuhi permintaan elektrik. Apabila satu unit penjana kuasa terganggu, unit-unit lain yang beroperasi akan secara automatik meningkatkan bekalan elektrik," EMA menerangkan.

"Lantaran itu, satu unit penjana tenaga milik Senoko Energy Pte Ltd (Senoko) terganggu semasa ia cuba meningkatkan bekalan. Kedua-dua unit yang terganggu itu menyebabkan bekalan elektrik tidak cukup untuk memenuhi permintaan," tambah EMA.

Sekitar 146,500 pelanggan terjejas akibat bekalan tenaga yang terputus itu.

Estet-estet yang terjejas termasuk Boon Lay, Choa Chu Kang, Clementi, Jurong, Pandan Loop, Aljunied, Bishan, Ang Mo Kio dan Thomson.

"Siasatan masih dijalankan dan EMA sedang bekerjasama dengan Sembcorp, Senoko dan pembekal peralatan untuk menyiasat mengapa unit-unit penjana tenaga itu mengalami gangguan," dedah EMA.

"Kami juga sedang meneliti langkah-langkah tambahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko insiden sedemikian berulang."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan