Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gangguan khidmat Laluan Timur-Barat disebabkan masalah mekanisme suis

Menteri Negara Pengangkutan Janil Puthucheary berkata kerosakan landasan dekat stesen MRT Clementi yang menyebabkan khidmat di Laluan Timur-Barat (EWL) tergendala pada Rabu (19 Sep) berpunca daripada masalah pada mekanisme swis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2018 02:58PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 09:14PM

SINGAPURA: Menteri Negara Pengangkutan Janil Puthucheary berkata kerosakan landasan dekat stesen MRT Clementi yang menyebabkan khidmat di Laluan Timur-Barat (EWL) tergendala pada Rabu (19 Sep) berpunca daripada masalah pada mekanisme swis.

Para jurutera SMRT masih cuba memperbetulkan masalah itu, lebih lima jam selepas syarikat itu mengumumkan menerusi Twitter mengenai kejadian tersebut.

"Khidmat kereta api di EWL masih beroperasi. Bagaimanapun, tambah 30 minit dalam masa perjalanan antara #Boon Lay dan #Queenstown," menurut tweet pengendali pengangkutan itu pada sekitar 12.30 tengah hari.

Sejam kemudian, satu lagi tweet syarikat itu menyatakan masalah tersebut sudah dapat diperbaiki.

Gambar-gambar yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan penumpang di stesen-stesen yang terjejas semasa waktu sibuk sebelah pagi. Para penumpang juga dinasihatkan supaya menggunakan Laluan Utara-Selatan untuk pergi ke bandar melalui Woodlands dan Ang Mo Kio.

Bercakap di luar satu acara bagi memperkenalkan pelan induk pengangkutan darat akan datang, Dr Puthucheary berkata: "Kami sudah mengenal pasti punca masalahnya iaitu pada mekanisme suis.

"Kami boleh ambil keputusan untuk hentikan perkhidmatan dan membenarkan (pihak berkuasa) untuk memperbaiki masalah, tetapi tindakan itu akan memberi impak besar kepada pengalaman penumpang. Jadi, keputusan yang kami ambil sekarang adalah untuk membolehkan kereta api terus beroperasi (tetapi) pada kelajuan lebih perlahan.

Dr Puthucheary menambah bahawa dengan mengurangkan kelajuan kereta api berbanding menghentikannya sama "satu pertimbangan lebih baik" bagi penumpang.

Namun, beliau menekankan bahawa kedua-dua SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) perlu "sedikit masa untuk menentukan apa sebenarnya masalah dengan mekanisme suis ".

"Para jurutera SMRT dan LTA berada di landasan memeriksa punca masalah itu dan saya berharap ini dapat diperbetulkan dalam masa beberapa jam," kata Dr Puthucheary.   

Sumber : CNA/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan