Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Galeri Mobiliti SG dibuka rasmi; tampilkan 7 zon sistem pengangkutan awam S'pura

Dalam beberapa bulan mendatang, orang ramai boleh berkongsi pandangan mereka bagaimana untuk menjadikan Berjalan, Mengayuh, serta Menaiki bas dan kereta api sebagai pilihan perjalanan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Galeri Mobiliti SG dibuka rasmi; tampilkan 7 zon sistem pengangkutan awam S'pura

Perdana Menteri Lee Hsien Loong di perasmian Galeri Mobiliti SG. (Gambar: Amir Yusof)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 07:28PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 07:36PM

SINGAPURA: Dalam beberapa bulan mendatang, orang ramai boleh berkongsi pandangan mereka bagaimana untuk menjadikan Berjalan, Mengayuh, serta Menaiki bas dan kereta api sebagai pilihan perjalanan mereka.

Ini akan dilakukan menerusi rundingan awam bagi Pelan Induk Penguasa Pengangkutan Darat 2040 (LTMP) yang dilancarkan siang tadi (19 Sep).

Bagi memulakan perbincangan awam ini, Menteri Negara Kanan Pengangkutan Dr Janil Puthucheary melancarkan satu dokumen perundingan awam yang menggariskan tiga tema bagi Pelan Induk pada masa akan datang.

Ini termasuk bagaimana untuk menjadikan Berjalan, Mengayuh, dan Menaiki bas dan kereta api sebagai pilihan perjalanan mereka, bagaimana untuk menjadikan pengangkutan ini lebih mudah dan inklusif dan bagaimana sebuah sistem pengangkutan darat dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan.

"Satu bahagian utama strategi kami kali ini adalah untuk menggabungkan panel penasihat kami, dan jikalau anda melihat kepada nama-nama mereka, mereka merangkumi para akademik, kami mempunyai pakar pengangkutan, kami mempunyai mereka yang bekerja dengan kesatuan buruh, pekerja pengangkutan. Kami mempunyai mereka yang mewakili masyarakat dan sudah tentunya pemerintah," kata Dr Janil Puthucheary.

Dr Janil menambah satu lagi strategi bagi rancangan ini ialah untuk memberikan perhatian bagaimana untuk menjadikan sistem pengangkutan sebagai sekitaran tempat kerja yang selamat.

Masyarakat Singapura boleh berkongsi rancangan mereka menerusi pemilihan elektronik dan perbincangan kumpulan fokus.

Rancangan mereka akan disemak oleh panel penasihat yang diketuai oleh Dr Janil.

Panel itu akan mendedahkan maklum balas yang sudah dikumpulkan itu pada awal tahun depan.

Tetamu Terhormat Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang menyaksikan pelancaran itu, turut membuka rasmi Galeri Mobiliti SG.

Galeri yang menelan belanja $3.7 juta itu mempamerkan barang-barang pameran yang menggunakan teknologi realiti tambahan (AR), selain menampilkan pelbagai ciri lain yang turut menggunakan teknologi tinggi dalam tujuh zon berbeza.

Malah, menariknya lagi ia turut menampilkan aspek kemudahan yang dinaif taraf pada masa kini dan akan datang, menjadikan lebih mudah bagi golongan kurang upaya untuk menaiki pengangkutan awam.

Galeri tersebut dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang. 

Sumber : CNA/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan