Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gagasan Belanjawan 2015 ialah untuk jadikan S'pura sebagai masyarakat yang adil dan inklusif

Ketua Dewan Parlimen Dr Ng Eng Hen berkata, pemerintah hampir-hampir mencapai visinya utnuk membina sebuah masyarakat yang adil dan inklusif melalui Belanjawan 2015.

Anggaran Waktu Membaca:
Gagasan Belanjawan 2015 ialah untuk jadikan S'pura sebagai masyarakat yang adil dan inklusif

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 13 Mar 2015 02:57PM Dikemas Kini : 13 Mar 2015 04:19PM

SINGAPURA: Ketua Parlimen Dr Ng Eng Hen berkata, pemerintah kian menepati visinya utnuk membina sebuah masyarakat yang adil dan inklusif melalui Belanjawan 2015.

Menggulung perbahasan selama 9 hari di Parlimen, Dr Ng berkata, pelbagai kementerian akan melaksanakan dasar-dasar yang dirancangkan, mengikut hala tuju strategik yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan sejak 2011.

Menurut Dr Ng, perubahan berstruktur itu dilakar bagi mempersiapkan Singapura menghadapi cabaran masa depan.

Ini termasuk jumlah penduduk tua yang semakin meningkat dan perlunya mengekalkan hubungan sosial di tengah-tengah perubahan global yang pesat.

Menurut beliau, pemerintah menyediakan skim sokongan kewangan yang tetap untuk 20 dengan 30 peratus penduduk yang berusia antara 20 dengan 30 tahun sepanjang hayat mereka.

Namun beliau akur dengan nasihat para AP untuk memastikan satu belanjawan yang berdaya tahan.

Memandangkan tahun ini Singapura menyambut Jubli Emasnya, Dr Ng berkata, para AP lebih menumpukan perbahasan mereka mengenai usaha untuk terus memperkukuh jati diri rakyat.

Ini termasuk gesaan agar membentuk sebuah masyarakat yang lebih berhemah, meningkatkan usaha membantu para ibu tunggal, kanak-kanak kurang bernasib baik dan golongan kurang upaya.

Setelah Belanjawan 2015 diluluskan Parlimen, Dr Ng menggesa para AP untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dengan jujur dan memastikan segala rancangan yang dilakar dapat dilaksanakan untuk manfaat rakyat. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan