Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firma kejuruteraan didenda S$200,000 selepas pekerja maut akibat kejutan elektrik

Sebuah syarikat kejuruteraan yang berpangkalan di Jerman didenda S$200,000 selepas seorang pekerjanya maut akibat kejutan elektrik semasa melakukan ujian dan menentukur mesin. 

Anggaran Waktu Membaca:
Firma kejuruteraan didenda S$200,000 selepas pekerja maut akibat kejutan elektrik

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2018 02:24PM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 02:25PM

SINGAPURA: Sebuah syarikat kejuruteraan yang berpangkalan di Jerman didenda S$200,000 selepas seorang pekerjanya maut akibat kejutan elektrik semasa melakukan ujian dan menentukur mesin.

Syarikat MW Group gagal untuk melakukan penilian risiko tertentu dan memastikan prosedur kerja yang selamat bagi tugas menentukur dan ujian mesin Arc Reflection System (ARS).

Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataan medianya hari ini (19 Jan).

Pekerja yang maut itu, Encik Suyambu Suman, diarahkan untuk menjalankan prosedur menguji dan menentukur mesin di Hab Perniagaan Pantech pada 7 November 2013.

Beliau memegang prob bervoltan tinggi untuk menguji ARS dari dua hingga 12 kilovolt. Semasa melakukan demikian, beliau terjatuh ke belakang lalu pengsan dan meninggal dunia pada hari yang sama. Menurut MOM, punca kematiannya sejajar dengan kejutan elektrik.

Siasatan oleh Penguasa Pasaran Kuasa terhadap kemalangan itu memutuskan bahawa tiada perkakas ujian yang disediakan sebelum kerja-kerja penuntukur dijalankan, dan jarak selamat sekitar 1.5 meter tidak ditetapkan antara Encik Suyambu dengan terminal "hidup".

MOM menyatakan bahawa MW Group sudahpun melakukan penilaian risiko secara amnya untuk "ujian elektrik" sebelum insiden itu berlaku dan mengenal pasti bahawa kejutan elektrik adalah satu-satunya risiko. Namun begitu, tiada langkah-langkah kawalan diambil untuk mengelakkan risiko kejutan elektrik "yang berkemungkinan besar berlaku."

Juruteknik yang bekerja pada hari tersebut juga tidak tahu mengenai sebarang penilaian risiko, prosedur kerja yang selamat atau langkah-langkah kawalan ntuk melindungi mereka daripada kejutan elektrik semasa ujian dan menuntukur mesin, menurut kementerian itu.

MW Group didapati bersalah ke atas kegagalan memastikan keselamatan dan kesiahatan pekerja di tempat kerja selepas perbicaraan selama lima hari.

Pengarah Pemeriksa Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja Chan Yew Kwong berkata syarikat itu tahu bahawa para pekerja terdedah kepada risiko kejutan elektrik tetapi gagal memberikan panduan terperinci tentang melaksanakan kerja dengan selamat.

"Tanggungjawab majikan adalah memastikan tiada pekerjaan dilakukan tanpa langkah-langkah keselamatan yang sesuai. Dalam kes ini, perkakas ujian khas diperlukan bagi melindungi para pekerja daripada risiko kejutan elektrik," kata beliau, sambil menambah bahawa MOM akan mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat yang tidak mengambil peduli terhadap keselamatan pekerja.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan