Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Fest@West perkukuh hubungan sesama penduduk Tampines West

Dua stesen payung baru itu terletak di persimpangan lalu lintas antara blok 827 dengan 831 di Tampines Ave 3 untuk kegunaan masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sikap peduli dan pemikiran sivik dalam kalangan penduduk Tampines West lebih terserlah pada Sabtu (11 Ogos) di karnival masyarakat Fest@West.

Acara yang dianjurkan Persatuan Peniaga-peniaga Tampines West (TWMA), Kolej Tengah ITE dan HDB itu adalah wadah untuk memperkukuh hubungan sesama penduduk menerusi pelbagai kegiatan yang dilakukan secara bersama.

Bagi menyokong gerakan SG Cares, Penasihat Pertubuhan Akar Umbi Tampines Masagos Zulkifli, selaku tetamu terhormat acara turut melancarkan dua inisiatif.

Di bawah inisiatif "Borrow Use Return" (Pinjam, Guna, Pulangkan), para penduduk dapat menggunakan payung ketika cuaca terik atau hujan. Payung-payung itu didermakan oleh TWMA.

Dua stesen payung baru itu terletak di persimpangan lalu lintas antara blok 827 dengan 831 di Tampines Ave 3 untuk kegunaan masyarakat.

Inisiatif tersebut mula diuji Januari lalu di empat lokasi berbeza di Tampines.

Menyusuli sambutan baik para penduduk yang menghargai kemudahan itu, ia diperluaskan untuk memberi manfaat kepada lebih 4,000 penduduk di Tampines West pula.

Di samping itu, baucar makanan bernilai S$30 turut diagihkan kepada 150 penduduk kurang berkemampuan dan warga emas.

Usaha Persatuan Persekutuan Peniaga-Peniaga (FMAS) itu bertujuan meringankan perbelanjaan para penerima dengan baucar boleh digunakan di enam kedai kopi yang mengambil bahagian.

Encik Masagos menekankan, semua usaha ini menunjukkan bahawa walaupun Singapura sudah menjadi sebuah negara serba lengkap, setiap individu harus sentiasa membantu satu sama lain agar kita akan terus berjaya.

"Kita tidak harus melupakan satu perkara yang kita mulakan iaitu, apabila kita sedang membangun pada 1965, kita sentiasa menolong antara satu sama lain. Jadi dalam semangat itu, karnival hari ini adalah tentang membantu satu sama lain," kata Encik Masagos.

Encik Ahmad Rawi, berusia 71 tahun, turut berkongsi bagaimana bantuan tersebut dapat membantunya.

"Saya ada dapat bantuan daripada Kelab Masyarakat Tampines West, bantuan baucar. Jadi kita dapat berbelanja harian mengurangkan sikit beban kita selama kita tidak bekerja suami isteri," kongsi Encik Ahmad Rawi.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan