Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Fauzita Ismail diiktiraf bantu polis tangkap pencuri di IMM

Seorang pegawai keselamatan di IMM diikitiraf Pasukan Polis Singapura (SPF) kerana membantu menangkap seorang suspek kecurian.

Anggaran Waktu Membaca:
Fauzita Ismail diiktiraf bantu polis tangkap pencuri di IMM

Cik Fauzita Ismail (kanan) menerima Anugerah Semangat Awam (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 08 Dec 2018 06:34PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 06:41PM

SINGAPURA: Seorang pegawai keselamatan di IMM diikitiraf Pasukan Polis Singapura (SPF) kerana membantu menangkap seorang suspek kecurian.

Cik Fauzita Ismail memberikan maklumat penting kepada pihak polis sehingga membantu mereka menangkap suspek tersebut pada 21 Oktober lalu, menurut kenyataan media polis hari ini (8 Dis).

Cik Fauzita menerima Anugerah Semangat Awam dalam satu majlis yang diadakan di Divisyen Polis Clementi pada Jumaat (7 Dis).

Di majlis yang sama, Encik Henry Antoine Nicolas Sebastien dipuji polis kerana menyelamatkan seorang remaja yang beliau nampak duduk secara berbahaya di atas kotak menyimpan hos pemadam kebakaran di tepi Sky Walk di Sentosa.

Beliau menghampiri remaja yang kelihatan sedih itu dan dengan pantas menarik serta memegangnya sehingga bantuan tiba.

Menerusi kenyataan SPF, Penolong Pesuruhjaya Polis merangkap Komander Divisyen Polis Clementi Jarrod Pereira berkata: "Pihak polis tidak dapat membanteras jenayah bersendirian dan kami amat menghargai sokongan dari orang awam. Secara bersama, kita dapat mencapai visi menjadikan Singapura kota paling selamat di dunia."

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan