Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Fasa pertama Lebuh Raya Lornie akan dibuka 28 Okt

Fasa pertama Lebuh Raya Lornie sudah selesai dibina dan akan dibuka kepada lalu lintas pada 28 Okt, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis (11 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Fasa pertama Lebuh Raya Lornie akan dibuka 28 Okt

Pembinaan Lebuh Raya Lornie. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 11 Oct 2018 04:41PM Dikemas Kini : 11 Oct 2018 04:42PM

SINGAPURA: Fasa pertama Lebuh Raya Lornie sudah selesai dibina dan akan dibuka kepada lalu lintas pada 28 Okt, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis (11 Okt).

Bahagian menuju selatan lebuh raya baru itu, yang selari dengan Lornie Road, akan membantu mengarahkan laluan trafik dari Thomson Road menuju Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) serta Adam Road dan Farrer Road, menurut LTA.

Para penunggang motosikal akan dapat memasuki kawasan penduduk di Lornie Road menerusi sebuah jalan bawah yang baru dekat jalan masuk Lebuh Raya Lornie.

Selain itu, sebatang jalan raya sementara dekat Simei Road akan menghubungkan trafik dari kawasan Lornie Road sekarang yang menghala ke selatan, ke Lebuh Raya Lornie menghala ke selatan.

Khidmat-khidmat bas 52, 74, 93, 852 dan 855 - yang buat masa ini bergerak di Lornie Road ke arah Adam Road - akan diubah untuk menggunakan Lebuh Raya Lornie yang menghala ke selatan. Khidmat-khidmat bas 157 dan 165 pula akan terus menggunakan Lornie Road.

Perhentian bas di Lornie Road bertentangan Singapore Island Country Club yang menghala selatan, akan dipindahkan ke Lebuh Raya Lornie hala selatan sebelum Kheam Hock Road.

LTA juga menyatakan dalam kenyataan medianya bahawa Lebuh Raya Lornie menghala utara menuju Jejambat MacRitchie akan diselesaikan secara bertahap-tahap, dengan seluruh kawasan itu dijangka siap pada suku pertama 2019.

Apabila sudah selesai sepenuhnya, lebuh raya baru itu dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya di Lornie Road dan PIE, dan memenuhi permintaan lalu lintas trafik yang lebih tinggi nanti, menurut pihak berkuasa.  

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan