Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Farid Khan & Salleh Marican ucap tahniah, doa yang terbaik buat Halimah Yacob

Dua lagi individu yang berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, mendoakan yang terbaik buat Cik Halimah Yacob dan berharap dengan pengalamannya yang luas beliau akan dapat menyatukan rakyat Singapur

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua individu yang berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, tetapi kemudian diisytihar tidak layak, mendoakan yang terbaik buat Cik Halimah Yacob dan berharap dengan pengalamannya yang luas beliau akan dapat menyatukan rakyat Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance, Encik Salleh Marican menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (13 Sep) berkata: "Suasana menjelang Hari Penamaan Calon mencetuskan perbalahan (dalam kalangan rakyat). Saya berharap Cik Halimah akan dapat meredakan 'kekecewaan' (rakyat). Dengan latar belakang dan pengalamannya yang luas, saya percaya beliau akan menjadi seorang Presiden yang dapat menyatukan rakyat."

Bagi pengerusi syarikat Bourbon Offshore Asia Pacific, Farid Khan, meskipun tidak berpeluang untuk bertanding, tidak bermakna beliau sudah gagal. Malah Encik Farid berkata beliau tetap menyifatkannya sebagai "satu kejayaan".

"Saya dapat merasakan kasih sayang rakyat Singapura dan ini mengukuhkan lagi keyakinan saya terhadap Singapura dan rakyatnya sebagai sebuah negara dan masyarakat," menurut Encik Farid dalam kenyataan medianya.

Encik Farid menambah, beliau tampil dan menanam hasrat untuk bertanding kerana melihatnya sebagai "tanggungjawab kepada negara".

"Saya juga berasa saya perlu tampil demi masyarakat Melayu supaya rakyat Singapura boleh melihat bahawa terdapat calon-calon Melayu yang layak dan bersedia berkhidmat dengan menyandang jawatan tertinggi negara.

Beliau berharap ini dapat dijadikan contoh kepada generasi muda supaya menanam azam yang tinggi.

Walaupun tidak layak dicalonkan, Encik Farid mendoakan yang terbaik buat Cik Halimah dan berharap beliau akan sentiasa memikirkan tentang rakyat Singapura apabila membuat keputusan yang boleh menjejas kehidupan mereka dan anak-anak mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan