Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ESM Goh terima anugerah tertinggi NUS

Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah memberi anugerah tertinggi kepada Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.

Anggaran Waktu Membaca:
ESM Goh terima anugerah tertinggi NUS

Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong. (Gambar fail: TODAY/Wee Teck Hian)

Diterbitkan : 22 Mar 2018 09:00PM Dikemas Kini : 22 Mar 2018 09:01PM

SINGAPURA: Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah memberi anugerah tertinggi kepada Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.

Beliau diberi anugerah Pencapaian Alumni Khas Sepanjang Hayat dalam satu majlis hari ini.

ESM Goh menamatkan pengajiannya di NUS pada 1964 dengan Kepujian Kelas Pertama dalam jurusan Ekonomi.

Ini adalah kali kedua fakulti tersebut memberikan anugerah pencapaian Sepanjang Hayat.

Penerima pertamanya ialah mantan Presiden SR Nathan.

Anugerah itu mengiktiraf sumbangan luar biasa Encik Goh kepada pembangunan Singapura dan NUS serta sokongannya terhadap pendidikan dan penyelidikan dalam sains kemasyarakatan.

Dalam ucapannya, Encik Goh berkata Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan adalah tempat yang baik untuk melahirkan pemimpin.  

Sumber : CNA/EM/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan