Images
  • gdp
    (Gambar fail: Corey Sta Maria)

Ekonomi S'pura tumbuh lebih perlahan pada 2.6% dalam suku ketiga

SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh 2.6 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, iaitu lebih perlahan berbanding pertumbuhan 4.1 peratus pada tiga bulan sebelumnya. Demikian menurut ramalan awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (12 Okt).

Ramalan MTI bagaimanapun adalah lebih tinggi berbanding tinjauan yang melibatkan ahli ekonomi sektor privet yang dijalankan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam tinjauan suku tahunannya yang terbaru.

Menurut hasil tinjauan yang dikeluarkan pada bulan lalu, para pakar menjangkakan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) adalah 2.1 peratus.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, pertumbuhan GDP naik 4.7 peratus berbanding 1.2 peratus pada suku sebelumnya.

Sebahagian besar ramalan awal GDP itu dianggarkan berdasarkan data yang dikumpulkan pada dua bulan pertama suku ketiga - iaitu pada bulan Julai dan Ogos. Ramalan itu digunakan sebagai ramalan awal pertumbuhan GDP bagi suku tersebut dan mungkin diubah suai apabila data yang lebih menyeluruh diperolehi kelak, menurut MTI.

MTI akan mengeluarkan Tinjauan Ekonomi Singapura bagi suku ketiga pada November, yang merangkumi prestasi pelbagai sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, pekerjaan dan daya penghasilan. 

- CNA/AI/ai

Top