Duta Besar S'pura ke Amerika bidas artikel New York Times tentang dialek Cina
Artikel itu, berjudul "Di Singapura, dialek Cina dihidupkan semula selepas berdekad disekat", yang diterbitkan pada 26 Ogos.
SINGAPURA: Duta Besar Singapura ke Amerika Syarikat Ashok Kumar Mirpuri membidas artikel New York Times (NYT) mengenai dasar Pemerintah terhadap penggunaan dialek Cina di Singapura.
Artikel itu, berjudul "Di Singapura, dialek Cina dihidupkan semula selepas berdekad disekat", yang diterbitkan pada 26 Ogos.
Dalam artikel itu, penulis Ian Johnson menulis bahawa "sekatan lingustik" oleh Pemerintah Singapura mencetuskan "rasa geram yang meluas", hingga menyebabkan kepada dasar dialek "dilonggarkan".
"Kedua-dua kenyataan itu adalah salah," kata Encik Mirpuri dalam surat yang dikirimkan kepada editor NYT pada 27 Ogos.
Encik Mirpuri menarik perhatian di tengah-tengah usaha Pemerintah untuk menggalak dasar dwibahasa sebagai dasar pendidikan penting, "Kaum Cina rakyat Singapura perlu memilih antara mengekalkan pelbagai dialek dan menggunakan bahasa Mandarin."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.