Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua ditangkap curi jongkong emas di Bugis Junction

Seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 36 dan 39 tahun, ditangkap pada Sabtu (8 Dis) kerana didakwa mencuri jongkong emas dari sebuah kedai di Bugis Junction.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua ditangkap curi jongkong emas di Bugis Junction

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 08 Dec 2018 06:51PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 06:52PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 36 dan 39 tahun, ditangkap pada Sabtu (8 Dis) kerana didakwa mencuri jongkong emas dari sebuah kedai di Bugis Junction.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang satu kes kecurian di sebuah kedai di 200 Victoria Street pada sekitar 12.00 tengah malam pada Jumaat.

Menyusuli siasatan dan dengan bantuan rakaman CCTV, polis dapat mengenal pasti suspek dan memberkas mereka keesokan harinya.

Jongkong emas itu ditemui dan dirampas.

Pasangan itu akan didakwa kerana mencuri dari tempat kediaman dengan niat yang sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan