Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob: Platform Bandar Bijak rangkumi komponen yang dimiliki pemerintah

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata platform Bandar Bijak atau Smart Nation akan merangkumi komponen yang dimiliki pemerintah dan yang melibatkan pihak swasta.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Yaacob: Platform Bandar Bijak rangkumi komponen yang dimiliki pemerintah

Marina Bay Sands. (Gambar: Hester Tan, channelnewsasia.com)

Diterbitkan : 10 Mar 2015 02:59PM Dikemas Kini : 10 Mar 2015 03:03PM

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata platform Bandar Bijak atau Smart Nation akan merangkumi komponen yang dimiliki pemerintah dan yang melibatkan pihak swasta.

Dr Yaacob menjelaskan hal itu di Parlimen hari ini, sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Gerald Giam, yang ingin tahu sama ada pemerintah akhirnya nanti akan menawarkan platform Bandar Bijak kepada pengendali swasta.

Encik Giam menyamakan keadaan itu dengan OpenNet, yang dijual kepada sebuah pengendali swasta pada Oktober lalu.

Menjelaskan demikian semasa perbahasan peruntukan kementeriannya, Dr Yaacob berkata OpenNet bukan dimiliki pemerintah tetapi milik sekumpulan konsortium privet.

Dr Yaacob menambah bahawa menyerahkan operasi prasarana Bandar Bijak menerusi penyumberan luar adalah kurang menjimatkan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan