Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Teo: S'pura komited pupuk hubungan jangka panjang dengan Indonesia

Tambahnya demi kepentingan warga Indonesia dan juga warga lain di rantau ini, usaha-usaha itu diharap membuahkan hasil.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Teo: S'pura komited pupuk hubungan jangka panjang dengan Indonesia

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar: Ministry of Communications and Information)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 09:32PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 09:34PM

JAKARTA: Singapura komited dalam memupuk hubungan jangka panjang dengan Indonesia dan sudah mengusahakan agenda yang baik bagi Retreat Para Pemimpin bulan depan, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean hari ini (12 Ogos) sebagai menggulung lawatan kerja dua hari ke Jakarta.

Encik Teo berkata Singapura dan Indonesia adalah jiran yang rapat dan kedua-dua negara membina hubungan ini atas kepercayaan sepanjang lima dekad lalu.

Semasa lawatan beliau, Encik Teo mengadakan pertemuan dengan Presiden Jokowi untuk membincangkan agenda bagi Retreat Para Pemimpin di Singapura yang akan menandakan ulang tahun ke-50 hubungan antara kedua-dua negara.

Semasa Retreat Pemimpin itu, kedua-dua negara dijangka membincangkan inisiatif-inisiatif baru dalam bidang pelaburan, program peningkatan kemahiran, ekonomi digital dan menggalak pembangunan wilayah di Indonesia.

PERTINGKATKAN KESELAMATAN SIBER

Semalam, Encik Teo juga bertemu dengan Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Ehwal Keselamatan Indonesia Wiranto.

Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau, termasuk ancaman kumpulan pengganas ISIS dan mengalu-alukan kerjasama dua hala dipertingkat dalam anti-pengganasan dan keselamatan siber.

Kedua-dua negara juga berminat untuk bekerja lebih rapat dalam meraih potensi ekonomi digital.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin, yang mengiringi Encik Teo ke Jakarta, berkata rakyat Singapura harus digalak meninjau peluang dalam dunia syarikat pemula di Indonesia.

Mengenai isu jerebu rentas sempadan, Encik Teo berkata Singapura menghargai usaha pemerintah Indonesia bagi membanteras kebakaran hutan.

Tambahnya demi kepentingan warga Indonesia dan juga warga lain di rantau ini, usaha-usaha itu diharap membuahkan hasil. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan