Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ditolak masuk ICU, bayi 4 bulan meninggal dunia di hospital privet

Seorang bayi perempuan yang berusia empat bulan meninggal dunia selepas sebuah hospital privet, Mitra Keluarga, enggan memberinya rawatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ditolak masuk ICU, bayi 4 bulan meninggal dunia di hospital privet

Foto hiasan. (Gambar: AFP/Philippe Huguen)

Diterbitkan : 12 Sep 2017 10:17PM Dikemas Kini : 12 Sep 2017 10:20PM

JAKARTA: Seorang bayi perempuan yang berusia empat bulan meninggal dunia selepas sebuah hospital privet, Mitra Keluarga, enggan memberinya rawatan.

Menurut ibu bapa bayi tersebut mereka tidak mampu untuk membayar wang pendahuluan sebanyak 20 juta Rupiah ($1,900) untuk memindahkan bayi tersebut ke unit rawatan rapi (ICU), menurut laporan akhbar ABC.

Laporan tersebut menambah, bapa bayi tersebut, Rudianto Simanjorang, berkata memandu ke ATM berdekatan untuk mengeluarkan wang simpanannya sebanyak 5 juta Rupiah ($145). Beliau mendakwa, seorang kakitangan hospital memberitahunya bahawa jumlah tersebut tidak mencukupi dan beliau harus membawa bayi tersebut ke hospital awam berdekatan.

Bayi tersebut, Tiara Deborah Simanjorang, meningggal dunia kemudian kerana kesukaran bernafas.

"Memandangkan unit rawatan intensif pediatrik sangat mahal, kami ingin memastikan pesakit dapat menampung kos rawatan jangka panjang," kata pengarah urusan hospital, Fransiska Dewi, kepada media tempatan.

Deborah meninggal dunia dalam pelukan ibunya ketika menunggu selama enam jam dalam bilik kecemasan hospital itu.

Menteri Kesihatan Indonesia, Nila Moeloek, berkata kes tersebut akan disiasat dan hospital tersebut diberi tindakan tegas jika didapati tidak memberikan khidmat kesihatan untuk menyelamatkan nyawa bayi perempuan tersebut.

Sumber : Agensi berita/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan