Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dirasmikan: Pusat baru untuk tangani jenayah siber dengan kerjasama 49 institusi

Sebuah pusat baru dilancarkan di Singapura hari ini (14 Nov) dengan tujuan memerangi jenayah siber dan mempertingkat perkongsian maklumat siber antara 49 institusi kewangan dari sembilan negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Dirasmikan: Pusat baru untuk tangani jenayah siber dengan kerjasama 49 institusi

Gambar fail: KACPER PEMPEL/REUTERS

Diterbitkan : 14 Nov 2017 04:30PM Dikemas Kini : 15 Nov 2017 09:06AM

SINGAPURA: Sebuah pusat baru dilancarkan di Singapura hari ini (14 Nov) dengan tujuan memerangi jenayah siber dan mempertingkat perkongsian maklumat siber antara 49 institusi kewangan dari sembilan negara. Selain Singapura, negara-negara lain yang terlibat ialah Australia, India, Jepun, Malaysia, New Zealand, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.

Pusat Perkongsian dan Analisis Maklumat Khidmat Kewangan (FS-ISAC) akan memberi liputan tempatan dan global tentang perkongsian maklumat, tindakan kecerdasan, serta alat dan bahan-bahan yang boleh dimanfaatkan apabila berdepan dengan kejadian yang tidak diinginkan. Demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam kenyataan bersama FS-ISAC.

Ketua Pegawai Kewangan FinTech, Sopnendu Mohanty, berkata bahawa dengan adanya serangan siber yang rumit, "kian penting bagi negara-negara untuk terus berkomunikasi dan memupuk hubungan yang lebih kukuh selain bertukar-tukar maklumat serta kepakaran secara bebas".

Operasi pusat dan risikan serantau yang dibangunkan akan membantu negara-negara Asia Pasifik untuk menangani masalah jenayah siber merentas sempadan, tambah Encik Sopnendu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FS-ISAC, Bill Nelson, berkata perkongsian maklumat merupakan cara yang paling berkesan hingga hari ini untuk mengatasi jenayah siber.

"Pengukuhan keupayaan kecerdasan tempatan dan pertahanan siber sangat kritikal di peringkat serantau dan global," katanya.

Anggota institusi akan meraih manfaat daripada mesyuarat serantau, amaran ancaman bulanan yang ditumpukan pada peringkat serantau, persidangan video mengenai topik penting, latihan keselamatan dan kemuncak keselamatan siber, demikian menurut MAS dan FS-ISAC dalam satu kenyataan media.

FS-ISAC adalah pengumpulan perisikan dan inisiatif perkongsian untuk sektor kewangan, dengan lebih daripada 7,000 anggota di seluruh dunia.

Untuk memenuhi permintaan bakat dalam bidang keselamatan siber yang semakin meningkat, FS-ISAC juga memeterai memorandum persefahaman dengan Politeknik Temasek untuk menyediakan peluang latihan sambil belajar bagi para pelajar. Mereka akan terdedah kepada ancaman siber dunia sebenar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang keselamatan siber, tambah MAS dan FS-ISAC.

Kedua-dua agensi itu menambah bahawa inisiatif ini akan menyokong rancangan transformasi industri bagi perkhidmatan kewangan dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi bakat-bakat dalam bidang keselamatan siber di Singapura.
 

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan