Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Danny Quah ganti Kishore Mahbubani sebagai dekan Sekolah Dasar Awam LKY

Profesor Danny Quah akan menggantikan Profesor Kishore Mahbubani sebagai dekan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew (Sekolah LKY).

Anggaran Waktu Membaca:
Danny Quah ganti Kishore Mahbubani sebagai dekan Sekolah Dasar Awam LKY

Profesor Danny Quah. (Gambar: Universiti Kebangsaan Singapura)

Diterbitkan : 25 Apr 2018 09:05PM Dikemas Kini : 25 Apr 2018 09:53PM

SINGAPURA: Profesor Danny Quah akan menggantikan Profesor Kishore Mahbubani sebagai dekan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew (Sekolah LKY).

Demikian diumumkan oleh University Nasional Singapura (NUS) hari ini (25 Apr).

Profesor Quah yang sekarang pemangku dekan dan juga naib dekan ehwal akademik serta Profesor Ekonomi di Sekolah LKY, Li Ka Shing, akan mengambil alih jawatan barunya mulai 1 Mei ini.

Pada ovember lalu, NUS mengumumkan bahawa Profesor Mahbubani, dekan pengasas Sekolah LKY akan bersara pada hujung 2017 selepas lebih 13 tahun berkhidmat.

NUS juga menyatakan bahawa Profesor Madya Chong Yap Seng pula sudah dilantik sebagai dekan baru Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, mengambil alih tugas Profesor Madya Yeoh Khay Guan.

Pelantikan naib dekan sekolah tersebut, Profesor Madya Chong, akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Menurut Presiden NUS, Tan Eng Chye, dalam satu kenyataan media, universiti itu "gembira" dengan pelantikan-pelantikan tersebut.

"Kami mendapati bahawa Danny seorang pemimpin yang berwawasan, berkaliber dan semangat untuk meneraju sekolah dasar awam terunggul di Asia ini ke tahap selanjutnya," kata beliau.

Profesor Tan juga menyambut baik pelantikan Profesor Madya Chong dengan berkata: "Beliau mempunyai visi dan strategi yang jelas untuk memperdalam pengaruh sekolah perubatan terkemuka di rantau ini".

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Profesor Mahbubani atas "usaha gigih dan pencapaiannya" serta merakamkan ucapan "terima kasih yang mendalam" kepada Profesor Madya Yeoh.

Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, yang juga pengerusi lembaga pentadbir Sekolah LKY pula menyifatkan Profesor Quah sebagai seorang "cendekiawan dan pemimpin yang luar biasa". 

Sumber : CNA/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan