Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dalang sindiket penipuan insurans motor dipenjara 9 tahun

Seorang ketua kumpulan sindiket penipuan insurans motor dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun hari ini (18 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2018 09:08PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 09:14PM

SINGAPURA: Seorang ketua kumpulan sindiket penipuan insurans motor dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun hari ini (18 Jun).

Antara 2009 dan 2013, Solihin Anhar, 45 tahun, merancang kemalangan kereta untuk menipu 13 syarikat insurans.

Lebih 140 tuntutan palsu bernilai lebih S$1.6 juta dibuat, dan menerima bayaran insurans hampir S$300,000.

Jumlah yang dituntut menjadikan kes penipuan itu yang terbesar seumpamanya sejauh ini.

Solihin, seorang bekas pemilik bengkel kereta, akan menawarkan kepada pelanggannya kerja-kerja pembaikan secara percuma

Namun tawaran tersebut disertakan dengan syarat mereka membenarkannya menggunakan kereta mereka dalam kemalangan yang disengajakan.

Selepas kejadian, dia akan meminta pelanggannya membuat tuntutan palsu.

Solihin juga menyembunyikan bukti terhadapnya dengan cuba memujuk beberapa saksi agar berbohong kepada polis.

Pada keseluruhannya, Solihin dikenakan lebih 200 tuduhan dan disabitkan dengan 55 kesalahan.

Menurut pihak pendakwa raya, tuntutan palsu daripada kemalangan kenderaan menyumbang kepada kenaikan premium insurans, dan akhirnya pemandu akan menanggung kos lebih tinggi.

Hampir 90 anggota sindiket tersebut sudah dihadapkan ke mahkamah.  

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan