Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dadah S$305,000 dirampas; 2 rakyat S'pura, 1 warga M'sia diberkas

Dadah bernilai lebih $300,000 dirampas dalam satu operasi Biro Narkotik Pusat pada Selasa malam (20 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2018 07:55PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 09:28PM

SINGAPURA: Dadah bernilai lebih $300,000 dirampas dalam satu operasi Biro Narkotik Pusat pada Selasa malam (20 Nov).

Dua rakyat tempatan, berusia 27 tahun dan 30 tahun, serta seorang warga Malaysia, berusia 42 tahun, diberkas kerana disyaki terlibat mengedar dadah.

Bungkusan yang mengandungi dadah heroin seberat hampir tiga kilogram dan juga ganja seberat 3.5 kilogram ditemui semasa serbuan itu.

Pil-pil 'Ice', Ecstasy dan Erimin-5 turut dirampas dalam operasi yang sama.

Dua rakyat Singapura itu diberkas di Marsiling manakala warga Malaysia berkenaan pula ditangkap di Pusat Pemeriksaan Woodlands.  

Sumber : CNA/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan