Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dadah lebih S$288,000 dirampas, 4 individu diberkas

Empat orang yang disyaki pesalah dadah diberkas dan dadah bernilai lebih $288,000 dirampas dalam satu operasi yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada petang Isnin (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Dadah lebih S$288,000 dirampas, 4 individu diberkas

Heroin, Ice, kanabis dan wang tunai dirampas dalam operasi 16 April. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 17 Apr 2018 09:06PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 09:09PM

SINGAPURA: Empat orang yang disyaki pesalah dadah diberkas dan dadah bernilai lebih $288,000 dirampas dalam satu operasi yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada petang Isnin (16 Apr).

Dadah yang dirampas termasuk sekitar 2kg heroin, 1kg kanabis dan 870 gram Ice, menurut CNB dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (17 Apr).

Para pegawai memberkas salah seorang lelaki rakyat Singapura, yang disyaki pengedar dadah, dan temannya seorang wanita yang disyaki pesalah dadah. Mereka ditangkap berdekatan tempat meletak kereta di Ubi Avenue 2.

Lelaki berkenaan "bergelut untuk mengelak ditangkap" dan para pegawai terpaksa mengawalnya, menurut CNB.

Sebilah pisau lipat juga dirampas daripadanya dan dadah heroin, kanabis serta Ice kemudian dijumpai dalam sebuah kereta.

Suspek sebelum itu dilihat bersama seorang lelaki rakyat Malaysia, yang ditangkap dekat persimpangan Jalan Eunos dengan Changi Road.

Para pegawai merampas dadah heroin, Ice dan wang tunai sebanyak $25,400 daripada lelaki tersebut serta motosikalnya.

Sementara itu, seorang lelaki rakyat Singapura yang berusia 58 tahun, yang diparcayai ada kaitan dengan suspek rakyat Malaysia, ditangkap berdekatan Blok 10 North Bridge Road.

Dadah heroin dijumpai di dalam kocek dan beg yang dibawanya.

Siasatan ke atas kegiatan dadah kesemua suspek masih dijalankan, menurut CNB. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan