Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca lebih sejuk, hujan bagi 2 minggu mendatang

Bagi anda yang sedang berpuasa, ini mungkin berita yang pasti anda alu-alukan. Lebih banyak hujan boleh dijangkakan pada separuh kedua bulan Mei ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca lebih sejuk, hujan bagi 2 minggu mendatang

Gambar fail burung selepas hujan di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 17 May 2018 12:50AM Dikemas Kini : 17 May 2018 12:54AM

SINGAPURA: Bagi anda yang sedang berpuasa, ini mungkin berita yang pasti anda alu-alukan. Lebih banyak hujan boleh dijangkakan pada separuh kedua bulan Mei ini.

Bagaimanapun Jabatan Kaji Cuaca Singapura juga cuaca panas turut diramalkan.

Ribut petir jangka pendek pada tahap sederhana hingga lebat turut diramalkan antara lewat pagi hingga tengah hari, pada enam hingga lapan hari bagi dua minggu akan datang, menurut Jabatan Kaji Cuaca pada Rabu (16 Mei).

"Tambahan lagi, pada minggu terakhir bulan ini, ribut Sumatra yang menghala ke timur boleh membawa hujan ribut meluas, diiringi angin kencang sekali-sekala ke Singapura antara waktu sebelum matahari terbit hingga awal pagi pada dua atau tiga hari," dedah Jabatan Kaji Cuaca.

Pada dua minggu pertama bulan ini, sekitar separuh Singapura menerima hujan melebihi paras normal, menurut Jabatan Kaji Cuaca.

Bulan Mei juga adalah antara bulan paling panas tahun ini.

Suhu harian bagi dua minggu mendatang diramalkan antara 25 darjah Selsius hingga 34 darjah Selsius, dedah Jabatan Kaji Cuaca, sambil menyatakan suhu maksimum harian boleh mencecah sehingga sekitar 35 darjah Selsius pada sebelah tengah hari bagi sebilangan hari.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan