Images
  • weather
    (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Cuaca lebih kering dijangkakan pada separuh kedua September

SINGAPURA: Hari-hari hujan sekarang diramalkan kurang berlaku pada separuh kedua September, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura pada Jumaat (14 Jun).

Berdasarkan ramalan cuaca dua minggunya, Jabatan Kaji Cuaca Singapura menyatakan hujan lebat dijangkakan berlaku pada empat hingga enam hari, dengan kebanyakannya pada sebelah lewat pagi dan awal petang. Hujan lebat mungkin berterusan sehingga lewat tengah hari pada beberapa hari tersebut.

Hujan lebat dengan tiupan angin kencang diramalkan pada sebelah pagi selama satu atau dua hari disebabkan tiupan angin kuat dari arah Sumatera menghala ke Laut China Selatan.

Suhu harian bagi separuh kedua bulan September mungkin mencecah 25 darjah Selsius sehingga 33 darjah Selsius. Suhu maksimum pada hari-hari tanpa hujan atau hujan renyai-renyai pula adalah sekitar 34 darjah Selsius.  

- CNA/AI/ai

Top