Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Creative SAY! tawar khidmat kaunseling bagi belia berisiko sakit mental

Belia-belia yang menghadapi risiko sakit mental kini boleh menjalani kaunseling di sebuah pusat baru di Marsiling.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Belia-belia yang menghadapi risiko sakit mental kini boleh menjalani kaunseling di sebuah pusat baru di Marsiling.

Dipanggil Creative SAY!, pusat tersebut juga menawarkan terapi pencegahan sukan dan seni ekspresif.

Dibuka oleh Persatuan Singapura bagi Kesihatan Mental (SAHM), pusat ini menawarkan kegiatan-kegiatan sukan dan seni bagi belia berusia antara 13 dengan 35 tahun.

Para belia yang berisiko juga dipadankan dengan pekerja-pekerja sosial.

Ini merupakan kemunculan pertama SAHM di bahagian utara Singapura.

Speaker Parlimen, Halimah Yacob, yang menghadiri majlis pembukaan pusat ini siang tadi turut dilantik sebagai penaung rasmi persatuan itu.

Cik Halimah berkata: "Yang penting adalah pengkhususan untuk membantu mereka, keadaan mental mereka menjadi lebih baik, lebih mantap.

"Saya rasa itu adalah penting kerana ia bukan sekadar hanya menganjurkan kegiatan-kegiatan tetapi mempunyai fokus untuk membantu mengadakan keadaan mental yang sihat bagi belia-belia kita. Itu yang penting." 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan