Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNB berkas 93 suspek pesalah dadah dalam operasi 4 hari

Dalam operasi pertama seluruh negara bagi tahun 2018, Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas 93 orang yang disyaki pesalah dadah dalam operasi empat hari berakhir pagi tadi (12 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
CNB berkas 93 suspek pesalah dadah dalam operasi 4 hari

(Gambar: CNB).

Diterbitkan : 12 Jan 2018 11:47PM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 11:52PM

SINGAPURA: Dalam operasi pertama seluruh negara bagi tahun 2018, Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas 93 orang yang disyaki pesalah dadah dalam operasi empat hari berakhir pagi tadi (12 Jan).

Menurut satu kenyataan CNB, sekitar 42g 'Ice', 173 pil 'Ecstasy' dan sebilangan kecil heroin dan ganja turut dirampas dalam operasi yang disokong oleh Pasukan Polis Singapura.

Kawasan-kawasan yang diserbu termasuk Balestier, Boon Lay, Buona Vista, Choa Chu Kang, Jurong, Marine Parade dan Marsiling.

Dalam satu kes, para pegawai CNB menahan seorang lelaki warga Singapura, 39 tahun, yang disyaki pengedar dadah. Para pegawai menemui sekitar 20g 'Ice' dalam kediamannya dan alat menghisap dadah buatan sendiri.

Siasatan terhadap kegiatan dadah bagi semua suspek masih dijalankan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan