Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNB berkas 108 suspek dadah dalam operasi 4 hari

Seramai 108 orang yang disyaki pesalah dadah diberkas menyusuli operasi empat hari yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Anggaran Waktu Membaca:
CNB berkas 108 suspek dadah dalam operasi 4 hari

Dadah dan wang tunai yang dirampas. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 08:26PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 08:31PM

SINGAPURA: Seramai 108 orang yang disyaki pesalah dadah diberkas menyusuli operasi empat hari yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Semasa operasi tersebut, yang bermula pada Isnin (8 Okt), lebih 2.1 kilogram heroin, 44 gram Ice, 13 gram ganja, 19 pil Erimin-5 dan 10 pil Ecstacy, serta 468 gram bahan psikoaktif baru dirampas.

Antara mereka yang diberkas adalah seorang lelaki berusia 63 tahun, yang disyaki pengedar dadah.

Suspek tersebut diberkas di sebuah unit di Teck Whye Lane, di mana para pegawai CNB menjumpai 876 gram heroin, 29 gram Ice dan wang tunai lebih S$87,000.

Sebelum beliau diberkas, suspek itu membuang sebuah bungkusan ke luar tingkap. Para pegawai CNB menjumpai heroin hampir seberat 1.3 kilogram di kawasan di mana bungkusan itu jatuh.

Dadah-dadah yang dirampas dari suspek itu dianggarkan bernilai sekitar S$154,000, menurut CNB.

Siasatan terhadap kegiatan-kegiatan dadah para suspek yang diberkas sedang dijalankan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan