Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

China iktiraf Lee Kuan Yew kerana sokongan 'jangka panjang' pembangunannya

China pada Selasa (18 Dis) memberi penghormatan kepada Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew sebagai pengiktirafan "sokongan sekian lama" Singapura terhadap pembangunan China.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2018 07:31PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:28AM

SINGAPURA: China pada Selasa (18 Dis) memberi penghormatan kepada Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew sebagai pengiktirafan "sokongan sekian lama" Singapura terhadap pembangunan China.

Anugerah Pembaharuan dan Persahabatan dianugerahkan oleh pemerintah Republik Rakyat China kepada mendiang Encik Lee sedang Parti Komunis menyambut ulang tahun ke-40 "pembaharuan dan pembukaan" negara itu.

"Anugerah ini disampaikan sebagai mengiktiraf sokongan sejak sekian lama lagi penting oleh Singapura dan Encik Lee terhadap perkembangan China sejak bertahun-tahun," menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Singapura melantik Encik Alan Chan Heng Loon, pengerusi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Yayasan Singapura-China, yang juga merupakan mantan Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Kanan Yew Lee Kuan Yew, untuk menerima anugerah itu bagi pihak mendiang Encik Lee.

Encik Chan menerima pingat tersebut di satu majlis di Dewan Besar Rakyat di Beijing.

Mendiang Encik Lee adalah satu daripada 10 warga asing yang diiktiraf anugerah persahabatan pembaharuan China.

Turut menerima anugerah itu adalah pakar ekonomi dari Jerman Klaus Schwab, yang merupakan pengasas Forum Ekonomi Dunia - perhimpunan tahunan para pemimpin pemerintah dan perniagaan. Di sana, Presiden China Xi Jin Ping menyampaikan ucapan mempertahankan globalisasi, tahun lalu.

China juga menyampaikan pingat kepada mendiang Juan Samaranch, mantan presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang membantu Beijing menganjurkan Olimpik Musim Panas 2008, serta mantan perdana menteri Jepun Masayoshi Ohira, yang menyambungkan kembali hubungan diplomatik antara negaranya dan China pada tahun-tahun 1970-an.

100 rakyat China turut menerima "pingat perintis perubahan" bagi sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi negara. Lelaki terkaya China, pengasas Alibaba Jack Ma dan bintang NBA, Yao Ming adalah antara penerimanya.

Majlis pada Selasa memperingati persidangan Parti Komunis pada 18 Disember 1978 yang mempersetujui pembaharuan yang diusulkan mantan pemimpin Deng Xiaoping, yang merubah negara tersebut daripada miskin menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan