Images
  • eco plan
    Pelan kemampanan jangka panjang baru CDC Barat Laut bertujuan memupuk gaya hidup mesra alam.

CDC Barat Laut laksana 8 matlamat pembangunan PBB

SINGAPURA: Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Laut sudah melancarkan pelan kemampanan jangka panjang yang baru bagi memupuk gaya hidup mesra alam dalam kalangan penduduknya.

Pelan itu merangkumi lapan matlamat pembangunan mampan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia adalah satu-satunya CDC di Singapura yang memulakan usaha sedemikian.

Dalam tempoh dua tahun akan datang, daya tenaga yang diperlukan untuk menghidupkan suis lampu boleh dijana dari panel-panel suria terapung dan yang dipasang di bumbung.

Usaha ke arah tenaga suria itu merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh Singapura untuk menjadi lebih mampan.

CDC Barat Laut mahu menjadi sebahagian daripada usaha tersebut. Ia menganjurkan jejak mesra hijau untuk menggalak masyarakat memupuk budaya mesra alam.

Pelan Kemampanan Barat Laut 2030 juga merangkumi sasaran untuk meningkatkan modal insan, melindungi alam sekitar dan menangani perubahan iklim.

Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kemampanan adalah kunci utama.

Di Karnival Barat Laut Bersih dan Hijau, orang ramai mempelajari bagaimana untuk menjadi lebih mesra alam.

Karnival itu akan berlangsung sehingga esok (11 Nov), namun usaha kemampanan diharap berterusan dan memerlukan peranan setiap penduduk. 

- CNA/NU/ai

Top