Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cawangan yogurt IIoaIIao dibuka semula di Lapangan Terbang Changi T2

Bagi meraikan acara itu, IIaoIIao akan menawarkan bekalan popular Sanum parfait selama 6 bulan untuk lima pelanggan pertama apabila ia dibuka pada jam 10.00 pagi (tertaluk kepada terma dan syarat).

Anggaran Waktu Membaca:
Cawangan yogurt IIoaIIao dibuka semula di Lapangan Terbang Changi T2

(Gambar: llaollaoweb.com)

Diterbitkan : 15 Jun 2018 10:29PM Dikemas Kini : 15 Jun 2018 10:31PM

SINGAPORE: Syarikat yogurt Sepanyol IIaoIIao mengumumkan bahawa ia akan membuka semula cawangannya esok (16 Jun) di Lapangan Terbang Changi Terminal 2.

Bagi meraikan acara itu, IIaoIIao akan menawarkan bekalan popular Sanum parfait selama 6 bulan untuk lima pelanggan pertama apabila ia dibuka pada jam 10.00 pagi (tertaluk kepada terma dan syarat).

Selain itu, cawangan kedua IIaoIIao dirancang dibuka di Tampines 1 pada hujung bulan ini.

Jenama yogurt itu menutup kedai yang ke-29 di Singapura pada Disember lalu. Kedai-kedai itu diambil alih oleh jenama yogurt, Yole.

Dalam satu kenyataan media, IIaoIIao menyatakan bahawa kepulangan syarikatnya ke Singapura 'didorong oleh permintaan pelanggan yang tinggi' untuk IIaoIIao sejak ia meninggalkan Singapura Disember lalu'. Syarikat tempatan Manna dilantik sebagai pengendali dan rakan kongsi bagi cawangan IIaIIao di lapangan terbang.

Yogurt IIaIIao akan 'kekalkan kualiti dan harganya'.

Cawangan pertama IIaoIIao di Singapura dibuka di Marina Square pada 2013 dan, disebabkan oleh populariti produk itu, lebih banyak cawangan dibuka di kawasan pusat dan kejiranan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan