Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CapitaLand beli Pearl Bank Apartments pada harga S$728 juta

Pearl Bank Apartments dijual kepada CapitaLand pada harga S$728 juta melalui penjualan kolektif perjanjian privet, menurut ejen pemasaran Colliers International dalam kenyataan media pada Selasa (13 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Feb 2018 08:57AM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 10:38PM

SINGAPURA: Pearl Bank Apartments dijual kepada CapitaLand pada harga S$728 juta melalui penjualan kolektif perjanjian privet, menurut ejen pemasaran Colliers International dalam kenyataan media pada Selasa (13 Feb).

Penjualan bangunan ikonik yang berbentuk tapak kuda di Outram itu dilakukan selepas tender penjualan ditutup pada 19 Disember tahun lalu, sekaligus menjadikannya percubaan keempat bagi penjualan kolektif.

Harga penjualannya yang memenuhi harga terendah pemilik - juga bermakna nisbah kos tanah adalah sekitar S$1,515 bagi setiap kaki persegi untuk satu plot, menurut Colliers International.

Ini selepas mengambil kira premium naik taraf sekitar S$201 juta bagi penambahan nilai sewa. Tiada bayaran pembangunan dikenakan.

Bangunan setinggi 37 tingkat itu mempunyai 288 unit (280 apartmen dan lapan unit komersil) dan tempoh pegangan pajak selama 99 tahun bermula Jun 1970.

Pemilik apartmen dengan saiz unit antara 123 kaki persegi hingga 371 kaki persegi akan menerima antara S$1.8 juta hingga S$4.9 juta.

Pemilik unit komersil dengan saiz antara 65 kaki persegi hingga 523 kaki persegi pula mungkin akan meraih antara S$1.2 juta hingga S$6.9 juta.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan