Images
  • cpt drug buster
    CNB lancarkan buku bagi kanak-kanak tentang bahaya dadah. (Gambar: Mediacorp)

Buku antidadah bagi kanak-kanak dilancarkan

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) melancarkan sebuah buku tentang penyalahgunaan dadah hari ini (8 Dis), sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mendidik masyarakat tentang kesan berbahaya dadah.

Di acara pelancarannya,para peserta dihiburkan dengan sesi bercerita buku tersebut.

Berjudul "Captain Drug Buster vs Dr Wacko – The Final Showdown", buku tersebut disasarkan kepada para pelajar sekolah rendah dan mengisahkan tentang tekanan rakan sebaya serta keluarga.

Buku itu akan diletakkan di sekolah-sekolah, perpustakaan awam, serta golongan ibu bapa untuk memuat turunkannya.

Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kementerian Dalam Negeri Amrin Amin berkata buku tersebit akan membantu dalam pendidikan antidadah di sekolah-sekolah.

"Ini adalah satu inisiatif yang penting di mana kita memberi pendidikan kepada anak muda kita dari kecil lagi semasa mereka di sekolah rendah dan juga prasekolah supaya mereka tahu^ tentang bahayanya dadah," kata Encik Amrin.

"Ini adalah satu buku di mana kita bertumpukan kepada anak-anak dengan gambar-gambar yang menarik dengan cerita-cerita anak-anak supaya mereka dapat tahu tentang bahayanya dadah." 

- CNA/UR/tq

Top