Images
  • flood
    Gambar-gambar yang menular di media sosial menunjukkan banjir kilat di beberapa bahagian di Singapura. (Gambar: SG Road Vigilante/Facebook)

Bukit Batok, Choa Chu Kang dilanda banjir kilat

SINGAPURA: Banjir kilat melanda beberapa bahagian Singapura, termasuk Bukit Batok dan Choa Chu Kang pada petang Sabtu (10 Nov) akibat hujan lebat.

Banjir dilaporkan berlaku di Choa Chu Kang Way sehingga Choa Chu Kang Avenue 1, serta dekat Pusat Memandu Bukit Batok dan sebuah stesen minyak di Bukit Batok West Avenue 5, menurut agensi air negara (PUB).

"Beberapa tempat di Singapura mengalami hujan lebat petang tadi. Sekitar 100mm hujan dicatat selama sekitar satu jam setengah dari pukul 4.40 petang hingga 6.00 petang di Bukit Panjang," menurut PUB. "Ia merupakan sekitar 40 peratus daripada purata jumlah hujan yang dicatat setiap bulan pada November."

Para pegawai PUB berada di lokasi-lokasi banjir bagi "menyiasat serta menghulurkan bantuan," menurut PUB.

Pada awal bulan ini, Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) meramalkan lebih banyak hari hujan pada separuh pertama bulan November beserta guruh.

Hujan diramalkan pada sebelah petang dan bagi beberapa hari dijangka berlarutan hingga ke waktu malam, menurut MSS. 

- CNA/AI/ai

Top