Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Budak 10 tahun berjaya kumpul dana S$14,000 untuk penjaja yang hidap barah usus

Beberapa lagi usaha pungutan derma termasuk laman GIVE.asia yang ditubuhkan anak saudara perempuan Encik Tan, yang sejauh ini mendapat sekitar S$6,800. 

Anggaran Waktu Membaca:
Budak 10 tahun berjaya kumpul dana S$14,000 untuk penjaja yang hidap barah usus

Phoebe Lim, 10 kanan, bersama Tan Boon Teck yang menghidap penyakit barah usus Tahap 3. (Gambar: Cindy Tan)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 10:18PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 10:20PM

SINGAPURA: Dengan menjual sambal, seorang budak perempuan berusia 10 tahun berjaya mengumpul dana sebanyak S$14,000 demi membantu Encik Tan Boon Teck, seorang penjaja yang menghidap barah usus Tahap 3.

Pagi tadi (12 Ogos),
Phoebe Lim pergi ke flat sewa Encik Tan untuk memberikan wang berkenaan.

Encik Tan adalah anak bongsu mendiang Encik Tan Chong Chia yang mengasaskan gerai popular Armenian Street Char Kway Teow.

Wang bagi Encik Tan dikumpulkan hasil penjualan sekitar 1,000 botol sambal dalam dua urus niaga.

Menurut ayah Phoebe, Encik Joshua Lim, daripada tempahan pertama kira-kira 300 botol, lebih sepertiga terpaksa dibuang selepas beberapa pelanggan tidak membayar atau mengambilnya.

Beliau menjelaskan bahawa mereka kemudian mengambil keputusan untuk mendapatkan bayaran dahulu supaya dapat memberikannya kepada Encik Tan lebih awal sebelum membuat sambal tersebut.

Bulan lalu, sekumpulan penjaja diterajui Douglas Ng dari rangkaian mi bebola ikan Fishball Story, berikrar untuk menderma sebahagian daripada hasil penjualan pada pesta makanan tahunan Timbre+ kepada Encik Tan.

Beberapa lagi usaha pungutan derma termasuk laman GIVE.asia yang ditubuhkan anak saudara perempuan Encik Tan, yang sejauh ini mendapat sekitar S$6,800.  

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan