Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bot hanyut dekat Pedra Branca, 4 selamat, 1 hilang

Seorang lagi masih hilang selepas sebuah bot yang membawa 108 orang ditemui pihak berkuasa di perairan Singapura dekat Pedra Branca awal pagi tadi (19 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2018 07:23PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 09:05PM

SINGAPURA: Seorang lagi masih hilang selepas sebuah bot yang membawa 108 orang ditemui pihak berkuasa di perairan Singapura dekat Pedra Branca awal pagi tadi (19 Apr).

Pada 2.50 pagi tadi, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menerima laporan tentang lima individu yang terjatuh ke dalam laut dari sebuah bot, sekitar 0.7 batu nautika ke timur laut Pedra Branca, demikian menurut MPA dalam satu kenyataan media hari ini.

MPA selanjutnya menyatakan bahawa insiden tersebut berlaku di perairan Singapura.

"Kakitangan dan aset dari Polis Pengawal Pantai Singapura dan Tentera Laut Singapura segera dikerah bagi operasi mencari dan menyelamat," menurut MPA.

Empat orang berjaya diselamatkan tetapi seorang lagi masih hilang.

"Keempat-empat orang yang diselamatkan adalah warga Indonesia," menurut MPA lagi.

Ia menambah bahawa menurut mereka terdapat 108 lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam bot itu.

Baki 103 orang "selamat di atas bot", menurut MPA sambil menambah bahawa mereka dipindahkan ke kapal Polis Marin Indonesia dan dibawa pulang ke Batam bersama empat orang yang diselamatkan.

MPA juga sudah mengeluarkan siaran pelayaran kepada kapal-kapal untuk membantu mencari individu yang hilang itu. Singapura bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi operasi mencari dan menyelamat itu.

Dalam satu catatan di Facebook beliau, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata bahawa bot tersebut dikesan oleh Pasukan Bertindak Keselamatan Maritim Singapura yang beroperasi dekat kawasan Changi.

Bot bermotor itu mengalami kerosakan dan hanyut di perairan dekat Pedra Branca.

Sebuah kapal ronda Polis Pengawal Pantai dikerah untuk menyiasat. Pada ketika itu, beberapa orang "kelihatan terjun dari bot dan berenang menjauhinya," tambah beliau.

Belum diketahui bot itu datang dari mana atau tujuannya.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan