Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bina budaya kerja mesra keluarga dapat sokongan majikan

Usaha untuk menjadikan sekitaran di tempat kerja lebih mesra keluarga sedang mendapat lebih banyak sokongan dari para majikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bina budaya kerja mesra keluarga dapat sokongan majikan

Ibu-ibu sedang menjalani satu sesi kaunseling. (Gambar: Lee Li Ying)

Diterbitkan : 12 Jan 2018 11:03PM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 11:07PM

SINGAPURA: Usaha untuk menjadikan sekitaran di tempat kerja lebih mesra keluarga sedang mendapat lebih banyak sokongan dari para majikan.

Sejak perlaksanaannya pada 2013, lebih 1,300 syarikat memohon bagi Geran WorkPro Work-Life (WLG), yakni sebuah dana pemerintah untuk membantu syarikat-syarikat menawarkan jadual kerja yang fleksibel bagi para pekerjanya.

Tujuannya adalah untuk membantu para pekerja mengimbangi tanggungjawab kerja dan keluarga dengan lebih baik.

Menurut statistik dari sebuah tinjauan pergerakan buruh NTUC, jumlah ibu bekerja dengan akses kepada bilik menyusu privet di tempat kerja naik hampir seganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jumlahnya naik dari 35% pada 2013 kepada 60% pada 2016.

Menangani masalah kurang ruang dan kewangan bagi perusahaan kecil dan sederhana menyediakan kemudahan seperti itu di tempat kerja,

Menteri Negara Kanan Kesihatan Amy Khor berkata para pemilik bangunan dan pemaju boleh digalak untuk menyediakan sebuah ruang menyusu dan keluarga bagi kegunaan semua para penyewanya.

Di bawah geran WLG, pendanaan bersama sehingga $20,000 disediakan bagi pemilik pejabat untuk membina kemudahan seperti bilik menyusu.

Namun, lebih dari prasarana, pasukan bertindak Anggota Parlimen Rahayu Mahzam berkata pemikiran masyarakat juga perlu diubah untuk lebih memahami keperluan ibu-ibu menyusu.

Beliau berkata: "Saya rasa bukan setakat infrastruktur sahaja kerana pemikiran masyarakat juga perlu berubah dan saya rasa sokongan itu dari segi berikan ruang, masa untuk ibu itu memerlukan masa apabila mereka perlu mengambil masa rehat sebentar. Dan saya rasa itu sesuatu yang harus difahamkan oleh majikan dan saya rasa ini yang masih lagi kurang." 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan