Images
  • litar
    Sebahagian daripada litar Grand Prix F1 Singapura. (Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

Bilangan pengunjung F1 S'pura naik 3.5%

SINGAPURA: Jumlah pengunjung ke acara perlumbaan Formula One selama tiga hari tahun ini sudah melebihi bilangan tahun lalu.

Bahkan, jumlah pengunjung yang dicatatkan tahun ini adalah yang kedua tertinggi dalam sejarah 11 tahun F1 dianjurkan di Singapura.

Kira-kira 263,000 orang menyaksikan acara F1 tahun ini. Jumlah pengunjung itu secara purata naik 3.5 peratus sepanjang sedekad lalu.

Bilangan tertinggi pengunjung F1 di negara ini dicatatkan pada 10 tahun lalu apabila 300,000 orang datang ke Litar Jalan Raya di Marina Bay.

Singapore GP menyatakan bahawa bilangan pengunjung tahun ini mencerminkan sokongan yang berterusan kepada perlumbaan F1, baik dari rantau ini mahupun pasaran antarabangsa.

Singapore GP menambah bahawa kenaikan jumlah pengunjung itu juga boleh dikaitkan dengan penampilan bintang-bintang terkenal seperti Jay Chou dan Martix Garrix serta pelaksanaan beberapa inisiatif mesra keluarga seperti Pit Stop@Empress Lawn. 

- CNA/NU/ai

Top