Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bilangan kes kemalangan jalan raya melibatkan pejalan kaki meningkat

Jumlah kemalangan yang melibatkan pejalan kaki yang tidak menghiraukan lalu lintas, meningkat sebanyak 21.1 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini, berbanding tahun 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Bilangan kes kemalangan jalan raya melibatkan pejalan kaki meningkat

Papan tanda melarang perbuatan menyeberang jalan raya sembarangan di New Bridge Road. (Gambar: Lim Jia Qi)

Diterbitkan : 11 Oct 2017 11:53PM Dikemas Kini : 12 Oct 2017 03:40AM

SINGAPURA: Jumlah kemalangan yang melibatkan pejalan kaki yang tidak menghiraukan lalu lintas, meningkat sebanyak 21.1 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini, berbanding tahun 2016.

Pihak polis menyatakan hari ini (11 Okt) bahawa terdapat 161 kes sedemikian pada separuh pertama tahun ini. Bilangan kes sedemikian bagi tempoh yang sama tahun lalu hanya 131.

30 peratus dari kes-kes tersebut melibatkan warga emas yang tidak mengikuti arahan lampu trafik.

Tambahan lagi, jumlah keseluruhan bagi kemalangan melibatkan pejalan kaki warga emas, meningkat dari 124 kes dalam separuh pertama tahun 2016 kepada 135 kes dalam separuh pertama tahun ini.

"Warga emas menghadapi risiko lebih berbanding yang lain  kerana umur dan tahap kesihatan mereka. Oleh itu, penting bagi mereka untuk tidak menyeberang sebarangan dan berhati-hati apabila melintas jalan," tambah pihak polis dalam satu kenyataan media.

Polis juga menyatakan kemalangan sedemikian boleh dicegah. Ia menasihati orang awam agar menggunakan lalu lintas yang disediakan dan memastikan diri mereka dapat dilihat pengguna jalan raya yang lain dengan memakai pakaian yang terang, apabila hari sudah gelap.

"Pejalan kaki juga harus perhatikan kenderaan yang sedang menghampiri mereka terutama sekali ketika sedang melintas di jalan raya, tempat meletak kereta, di bahagian masuk tempat letak kereta dan perkhidmatan jalan raya lain." kata pihak polis.

Pihak berkuasa juga mengingati pemandu kenderaan agar "lebih berhati-hati" dan perhatikan jika ada pejalan kaki serta warga emas di jalan raya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan