Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bijiran Kellogg’s Honey Smacks ditarik balik, dicemar Salmonela

Pengimport Singapura yang mengimport bijiran Kellogg's Honey Smacks, dalam proses menarik balik produk itu. Demikian menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA) hari ini (17 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Bijiran Kellogg’s Honey Smacks ditarik balik, dicemar Salmonela

(Gambar: Kellogg's)

Diterbitkan : 17 Jun 2018 09:31PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 09:36PM

SINGAPURA: Pengimport Singapura yang mengimport bijiran Kellogg's Honey Smacks, dalam proses menarik balik produk itu. Demikian menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA) hari ini (17 Jun).

Produk makanan itu ditarik balik menyusuli amaran yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat pada Khamis (14 Jun) yang menyatakan bahawa Syarikat Kellogg menarik balik bijiran Kellogg's Honey Smacks kerana ia dipercayai tercemar dengan Salmonela.

"Salah satu produk berkenaan diimport ke Singapura. Pengimport sedang menjalankan proses untuk menarik balik produk bijiran itu," menurut AVA dalam kenyataan medianya.

Produk itu mempunyai tarikh luput antara 14 Jun 2018 hingga 14 Jun 2019. Kod UPC yang ditemui di bahagian bawah kotak bijiran itu adalah 038000391033.

AVA menasihati orang ramai yang sudah membeli produk berkenaan supaya tidak memakannya. Ia menambah, sesiapa yang ingin mendapatkan wang mereka kembali boleh menghubungi syarikat Redmard Ltd.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan