BERITA EKSTRA: Pesta Bahasa 2015 Zon Selatan
Pesta Bahasa bagi Zon Selatan berlangsung pada Sabtu 25 April, di Sekolah Menengah Clementi Woods.
SINGAPURA: Pesta Bahasa bagi Zon Selatan berlangsung pada Sabtu 25 April, di Sekolah Menengah Clementi Woods.
6 buah sekolah bertanding dalam Pesta Bahasa tersebut, yang diadakan buat pertama kalinya bagi sekolah Kelompok Selatan. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah Sekolah Rendah Gan Eng Seng, Sekolah Rendah Cantonment, Sekolah Rendah Qifa, Sekolah Rendah Stamford, Sekolah Rendah Zhangde dan Sekolah Rendah Radin Mas.
Ternyata Sekolah Rendah Gan Eng Seng lebih menyengat dan sekaligus muncul juara dalam Pesta ini.
Juga menyengat ialah tetamu terhormat, Menteri di Pejabat Perdana Menteri S Iswaran. Beliau menunjukkan kepimpinan melalui teladan. Walaupun bukan orang Melayu, Encik Iswaran berucap dalam Bahasa Melayu yang fasih dan meyakinkan.
Ikuti klip BERITA EKSTRA ini untuk mendengar ucapan Encik Iswaran itu serta menikmati persembahan-persembahan para pelajar yang bertanding.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.