Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio didakwa terima rasuah

Bekas pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio didakwa atas 55 tuduhan rasuah yang membabitkan S$107,000 hari ini (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2018 12:58PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 10:22PM

SINGAPURA: Bekas pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio didakwa atas 55 tuduhan rasuah yang membabitkan S$107,000 hari ini (14 Mac).

Wong Chee Meng, 58 tahun, dituduh menerima rasuah daripada pengarah dan pemegang saham dari dua syarikat binaan, Chia Sin Lan sebagai ganjaran bagi memastikan kepentingan syarikat Chia diberi keutamaan.

Selain Wong, Chia, 62 tahun, dengan syarikat-syarikatnya, 19-NS2 Enterprise dan 19-ANC Enterprise turut didakwa pagi tadi.

Menurut dokumen mahkamah, Chia membelanjakan S$49,377 untuk menyediakan hiburan bagi Wong di kelab karaoke.

Chia juga berbelanja besar bagi jamuan dan membayar S$1,070 untuk "rawatan spa" Wong di Geylang.

Selain itu, dia juga menyalurkan S$30,000 kepada perempuan simpanan Wong, Xu Hongmei dan menawarkan pekerjaan kepada menantu perempuan Wong di 4-Ever Engineering. Cik Le Thi Hien bekerja di syarikat tersebut dari Mac hingga Ogos 2016 dan menerima gaji S$8,248.

Chia didakwa dengan 55 tuduhan rasuah termasuk bersubahat dengan jurujual kereta Yip Fong Yin untuk memberinya diskaun S$13,500 bagi pembelian kereta Toyota Corolla Altis.

Para peguam bagi kedua-dua tertuduh dan syarikat-syarikat yang didakwa berkata bahawa mereka diarahkan untuk mencabarh kesemua tuduhan itu.

Kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak S$100,000 setiap seorang sementara menunggu perbicaraan seterusnya pada 11 April.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan