Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas bintang NBA Dennis Rodman sokong sidang puncak Trump-Kim

Isu perang, perdamaian tambah Rodman, hanya boleh dibincangkan jika wujud sifat percaya antara satu sama lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas bintang NBA Dennis Rodman sokong sidang puncak Trump-Kim

Dennis Rodman. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 12 Jun 2018 10:19PM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 10:23PM

Bekas bintang bola keranjang NBA, Dennis Rodman juga berada di Singapura untuk memberikan sokongan kepada sidang puncak Trump-Kim itu.

Dalam wawancara dengan Channel NewsAsia, Rodman berkata kedua-dua pemimpin menunjukkan sesuatu yang baik dengan hanya berjabat tangan.

Dan yang lebih penting adalah cuba mewujudkan sifat saling percaya mempercayai.

Isu perang, perdamaian tambah Rodman, hanya boleh dibincangkan jika wujud sifat percaya antara satu sama lain.

Rodman juga kelihatan memakai kemeja-T dengan lakaran "Peace starts in Singapore".

Rodman merupakan salah seorang warga negara barat yang pernah melawat Korea Utara dan pemimpinnya Kim Jong Un. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan