Images
  • reichie
    Bekas aktivis akar umbi Reichie Chng Teck Kiam. (Gambar: Facebook / Reichie Chng Teck Kiam)

Bekas aktivis akar umbi dipenjara 8 tahun, guna nama Ong Ye Kung untuk tipu mangsa

SINGAPURA: Bekas sukarelawan akar umbi dipenjara selama lapan tahun hari ini (17 Mei) kerana melakukan pelbagai kesalahan penipuan, pemalsuan serta penggelapan wang yang melibatkan lebih S$1.4 juta.

Reichie Chng Teck Kiam, 51 tahun, turut membuka perbualan WhatsApp menggunakan nama Menteri Pendidikan Ong Ye Kung, bagi membuat mangsa-mangsanya percaya bahawa skim yang mereka melaburkan wang mereka - perniagaan pinjaman wang yang sah yang menjanjikan pulangan bulanan 3 hingga 8 peratus - adalah benar.

Chng mengaku bersalah ke atas 30 dakwaan termasuk penipuan, melakukan pemalsuan demi menipu orang lain, penggelapan wang dan mendapatkan pinjaman peribadi semasa dia diisytiharkan muflis.

Dia dikenakan lagi 140 dakwaan tahun lalu. Dakwaan-dakwaan lain diambil dalam dipertimbangkan semasa hakim menjatuhkan hukuman.

Wang yang diterimanya digunakan untuk membiayai tabiat judinya.  

- CNA/FA/fa

Top