Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekalan elektrik terputus, lebih 146,000 pengguna terjejas; EMA sedang siasat

Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) sedang menyiasat insiden bekalan tenaga terputus di beberapa estet di merata Singapura pada awal Selasa (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Sep 2018 07:56AM Dikemas Kini : 18 Sep 2018 08:42PM

SINGAPURA: Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) sedang menyiasat insiden bekalan tenaga terputus di beberapa estet di merata Singapura pada awal Selasa (18 Sep).

"Bekalan elektrik di beberapa kawasan terganggu pada 0118 jam dan ia sudahpun dipulihkan sepenuhnya pada 0156 jam pada 18 September,” menurut EMA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas insiden itu berlaku.

“Punca bekalan elektrik terputus sedang disiasat. Penguasa Pasaran Tenaga memandang serius terhadap sebarang gangguan ke atas bekalan elektrik Singapura.”

(Gambar kawasan Lengkong Tiga di Bedok. Gambar: Kenneth Choy)

Secara berasingan, syarikat SP Group menyatakan bahawa pihaknya juga sedang menyiasat insiden berkenaan, dengan hasil siasatan awal menunjukkan bahawa bekalan elektrik terputus akibat “kehilangan sebahagian bekalan dari dua unit penjanaan tenaga.”

Sekitar 146,800 pelanggan di Boon Lay, Choa Chu Kang, Clementi, Jurong, Pandan Loop, Aljunied, Geylang, Tanjong Rhu, Mountbatten, Kembangan, Bedok, East Coast, Ang Mo Kio, Bishan, Thomson, Mandai, Admiralty, Sembawang dan Woodlands terjejas akibat insiden itu, menurut SP Group.

“Para pegawai kami dengan segera dikerahkan ke tempat-tempat terjejas. Keutamaan kami adalah untuk memulihkan bekalan elektrik secara selamat dan dengan secepat mungkin,” menurut syarikat itu lagi.

SP Group turut menambah: “Kami meminta maaf atas gangguan itu dan kami juga berterima kasih kepada orang awam atas kesabaran mereka.”

Sementara itu, Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin berkata bahawa gangguan tersebut “adalah agak serius, dengan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan dan menjejas sesetengah blok.”

"Talian hotline kini sibuk sekali dengan panggilan dan kerana itu, anda mungkin tidak dapat menembusi talian. Terus bertenang. Agensi-agensi sedang berusaha untuk menangani insiden itu," tambah Encik Tan. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan