Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Basikal oBike mula disekerap di Tuas

Basikal-basikal oBike yang tidak lagi dikehendaki sedang disekerap, dengan sebilangan basikal dalam proses ditanggalkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Basikal oBike mula disekerap di Tuas

Timbunan basikal oBike di bahagian belakang premis yang terletak di Tuas. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 14 Jul 2018 10:56AM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 10:59AM

SINGAPURA: Basikal-basikal oBike yang tidak lagi dikehendaki sedang disekerap, dengan sebilangan basikal dalam proses ditanggalkan.

Syarikat Sing Metal Industry, yang mengitar semula oBike, menyatakan, hampir seribu basikal dihantar ke kompaunnya pada Isnin lalu (9 Jul).

Ketika Mediacorp berkunjung ke tapak Tuas yang disewa syarikat berkenaan, kelihatan timbunan basikal oBike di bahagian belakang premis tersebut.

Mediacorp difahamkan syarikat itu sudah membeli basikat-basikal tersebut dan menyasarkan untuk mengitar semula basikal-basikal itu dalam masa sebulan.

Basikal-basikal yang rosak akan dicampur dengan logam lain, sebelum dijual untuk dicairkan. Terdapat juga oBike yang dipindahkan ke syarikat-syarikat lain.

oBike menghentikan operasinya bulan lalu, kerana menghadapi kesukaran menepati syarat-syarat baru yang ditetapkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi menangani perbuatan meletak basikal sembarangan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan