Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bas SINDA dikerahkan ke lebih 100 lokasi bantu golongan memerlukan

Menyampaikan maklumat dan program pengayaan kepada masyarakat di rumah, daripada memusatkan perkhidmatan di satu lokasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jan 2018 08:24PM Dikemas Kini : 21 Jan 2018 11:01PM

SINGAPURA: Menyampaikan maklumat dan program pengayaan kepada masyarakat di rumah, daripada memusatkan perkhidmatan di satu lokasi.

Berucap di acara Perayaan Pongal Gambas, Presiden Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (SINDA), Indranee Rajah, berkata ini akan membantu beberapa golongan memerlukan, yang tidak tahu tempat untuk mendapatkan bantuan.

Bas SINDA yang dilancarkan itu, merupakan sebuah pusat satelit mudah alih, yang akan memenuhi keperluan itu.

Ia akan bertindak sebagai satu pusat sumber bagi pekerja sosial SINDA untuk menjalankan program pendidikan dan khidmat keluarga.

Bas ini akan dikerahkan ke kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah penduduk India yang tinggi.

Bagi membantu SINDA mengembangkan usaha pendekatan masyarakat kepada 20 peratus, bas ini akan dikerahkan di lebih 100 acara tahun ini.

"Kami sekarang sedang bekerjasama dengan politeknik dan ITE bagi jenis program mentor. Kami ingin mendapatkan orang dalam perniagaan dan syarikat India - dan juga mereka yang bukan daripada perniagaan dan syarikat India, untuk membuat latihan amali sebagai sebahagian daripada keseluruhan program SkillsFuture," kata Cik Indranee.

Sumber : CNA/UR/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan