Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bank Negara M'sia dedahkan 1MDB didenda RM15 juta

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda sebanyak RM15 juta (S$5 juta) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada "waktu di mana bank pusat berkenaan dibenarkan untuk melakukannya", kata Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Anggaran Waktu Membaca:
Bank Negara M'sia dedahkan 1MDB didenda RM15 juta

(Gambar fail: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 17 Aug 2018 06:24PM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 06:27PM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda sebanyak RM15 juta (S$5 juta) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada "waktu di mana bank pusat berkenaan dibenarkan untuk melakukannya", kata Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau, bagaimanapun, tidak menerangkan mengenai tempoh waktu berkenaan.

Cik Nor Shamsiah berkata demikian semasa menjawab soalan berhubung jumlah denda yang dikenakan setakat ini terhadap 1MDB pada sidang media yang diadakan hari ini (17 Ogos), bagi mengumumkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia untuk suku kedua tahun ini.

Pada 28 April, 2016, BNM mengeluarkan surat keterangan pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Ia adalah antara tindakan akhir yang diambil oleh Zeti Akhtar Aziz sebelum bersara sebagai Gabenor BNM.

Cik Nor Shamsiah mendedahkan bahawa pada waktu berkenaan, bank pusat itu dilarang daripada menyatakan jumlah denda berkenaan.

Beliau berkata, oleh kerana Parlimen semalam (16 Ogos) memberikan kebenaran untuk membuka semula siasatan 1MDB, BNM akan meneruskan untuk menyelaraskan dengan pelbagai agensi di bawah pasukan petugas khas, yang dibentuk bagi menyiasat syarikat berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 21 Mei, Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia menyatakan bahawa pasukan petugas khas, yang diketuai oleh mantan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan tiga lagi pemimpin, dibentuk untuk menyiasat 1MDB.

Pasukan petugas khas itu juga terdiri daripada pegawai BNM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan polis selain peguam khusus dalam bidang undang-undang berkaitan.

"Sebagai sebahagian daripada pasukan petugas khas itu, kami membantu pasukan berkenaan dengan berkongsi kertas siasatan kami dan apa yang kami ketahui setakat ini kepada agensi berkaitan dan pasukan petugas itu.

"Kami juga membantu mereka melihat aliran wang (syarikat berkenaan)," kata Cik Nor Shamsiah sambil menambah bahawa keutamaan BNM masih terhadap menyampaikan mandat bagi memastikan kestabilan kewangan.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan