Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Banjir kilat di Ang Mo Kio selepas hujan lebat

Banjir kilat dilaporkan berlaku di Ang Mo Kio, Rabu (19 Sep) petang menyusuli hujan lebat di beberapa kawasan merata Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir kilat di Ang Mo Kio selepas hujan lebat

Banjir kilat di Ang Mo Kio (Gambar: Telegram/SGRoad Blocks/Traffic News)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 10:17PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 10:29PM

SINGAPURA: Banjir kilat dilaporkan berlaku di Ang Mo Kio, Rabu (19 Sep) petang menyusuli hujan lebat di beberapa kawasan merata Singapura.

Agensi air kebangsaan PUB mengeluarkan amaran pada 5.47 petang tentang berlakunya banjir kilat di Ang Mo Kio Avenue 6 dari Ang Mo Kio Avenue 8 hingga Avenue 9. Para pengguna jalan raya dinasihati agar memandu dengan cermat.

Dalam kemas kininya pada 5.55 petang, PUB mengumumkan bahawa keadaan banjir sudah surut.

Pengurus kanan pembangunan perniagaan Gary Haris memberitahu Mediacorp bahawa kejadian banjir kilat turut berlaku di kawasan Ang Mo Kio Avenue 4 dan Ang Mo Kiio Avenue 5.

Video yang beliau rakam menunjukkan air setinggi paras buku lali.

Beliau juga memberitahu bahawa banjir bermula sekitar 6.00 petang, sambil menambah bahawa air mengalir "bercurah-curah seperti air terjun" di tangga menuju ke tempat meletak kereta.

Sebuah video di laman Facebook 'Singapore Road Accident' pula menunjukkan beberapa kenderaan dengan bahagian tayarnya ditenggelami air di Ang Mo Kio Avenue 6.

Penyedia khidmat bas SBS Transit dalam catatan Twitter pada 5.55 petang menyatakan beberapa perkhidmatan bas tidak dapat berhenti di perhentian bas bertentangan stesen Yio Chu Kang di Ang Mo Kio Avenue 6 akibat banjir kilat.

Khidmat bas sudah kembali seperti sedia kala.

Kirimkan maklumat, video dan gambar kepada Facebook dan nombor WhatsApp BERITA. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan