Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Azmoon gesa lebih sokongan bagi pekerja kelas pertengahan

Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Azmoon Ahmad, menyuarakan keprihatinan bahawa Belanjawan tahun ini tidak menyebut langsung tentang peningkatan skim-skim bagi membantu golongan kelas pertengahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2016 08:24PM Dikemas Kini : 05 Apr 2016 10:57PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Azmoon Ahmad, menyuarakan keprihatinan bahawa Belanjawan tahun ini tidak menyebut langsung tentang peningkatan skim-skim bagi membantu golongan kelas pertengahan.

Encik Azmoon, dalam ucapan sulungnya di Parlimen hari ini (5 Apr), berkata, beliau berharap jaringan perlindungan pekerja seperti insurans pengangguran dapat diteroka dan dibincangkan lebih lanjut.

"Dengan golongan pertengahan membentuk sejumlah besar tenaga kerja kita, adalah penting kita menyediakan jaringan perlindungan dan keselamatan itu untuk memastikan kita kekal kukuh dalam masa-masa ekonomi yang muram.

"Mungkin masanya sudah tiba untuk kita meneliti semula idea ini dengan matlamat untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan para pekerja mereka dan keluarga mereka dijaga sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku," kata Encik Azmoon. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan