Images
  • real vs fake SG Bonus
    Petikan skrin di kiri menunjukkan pesanan ringkas palsu, manakala petikan skrin kanan adalah yang rasmi daripada pemerintah. (Gambar: Media Sosial)

Awas! Usah terpedaya dengan pesanan ringkas palsu SG Bonus

BERITAmediacorp: Kiriman mesejnya hampir serupa, namun usah terpedaya, pesanan ringkas yang anda terima mengenai SG Bonus mungkin satu penipuan.

Petikan skrin pesanan ringkas yang palsu dan benar juga kian menular di aplikasi WhatsApp.


(Gambar: Media sosial)

Lantaran itu, Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (9 Sep) mendedahkan di laman Facebooknya bagaimana untuk mengesahkan pesanan ringkas atau SMS yang diterima itu adalah daripada pemerintah.

Pertama sekali, pastikan pengirimnya adalah 'SG-Bonus' atau 'SGBonus'.

Kedua, pesanan ringkas atau SMS itu tidak akan meminta maklumat daripada anda.


Contoh pertama pesanan ringkas rasmi daripada pemerintah. (Gambar: MOF/ Facebook)


Contoh kedua pesanan ringkas rasmi daripada pemerintah. (Gambar: MOF/ Facebook)

Ketiga, pautan laman bagi melihat butiran lanjut atau untuk mendaftar bagi SG Bonus bermula dengan 'https://www.singaporebudget.gov.sg'.

Akhir sekali, nombor pengenalan anda yang tidak didedahkan sepenuhnya, dan sekadar ditunjukkan tiga nombor terakhir dan huruf akhir, juga disertakan dalam pesanan ringkas berkenaan.

MOF: BERWASPADA TERHADAP SEBARANG KIRIMAN PALSU

Dalam catatan tersebut, MOF juga mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap sebarang kiriman mesej, emel atau panggilan palsu.

Pada 28 September lalu, MOF mengumumkan sekitar 2.8 juta rakyat Singapura dewasa yang layak akan menerima agihan SG Bonus sekali sahaja menjelang Disember ini.

Mereka yang sudah mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka dengan SingPass juga akan menerima pemberitahuan melalui SMS.

- BERITAmediacorp/im

Top