Images
  • spf (1)
    Surat palsu yang didakwa dihantar oleh seorang pegawai polis. (Gambar: SPF)

Awas! Polis beri amaran surat palsu SPF minta bantuan siasatan

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan hari ini (5 Dis) bahawa pihaknya sedar tentang aduan orang ramai, yang menerima surat palsu didakwa dihantar oleh seorang pegawai polis.

Dalam satu kenyataan media, SPF menyatakan bahawa penerima surat tersebut diminta melaporkan diri ke sebuah stesen polis pada hari tertentu untuk membantu siasatan berhubung satu kesalahan.

"Surat-surat itu ditandatangani oleh seorang pegawai polis dari sebuah divisyen polis, dengan nama pegawai polis berkenaan didapati adalah palsu," menurut SPF.

Polis menerangkan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan surat-surat tersebut dan aduan yang dibuat mengenai kes itu dianggap sebagai gangguan secara sengaja.

Siasatan sedang dijalankan.

SPF menggalak sesiapa yang rasa curiga supaya mengesahkan ketulenan surat polis dengan menghubungi divisyen polis. 

- CNA/AI/ai

Top